Dadah: Lelaki tempatan kena 3 tahun penjara

Dadah: Lelaki tempatan kena 3 tahun penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160908_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman tiga tahun dan sebulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan atas pertuduhan mengambil dan memiliki peralatan dadah.

Othman bin Haji Untung, 45, mengaku bersalah atas dakwaan mengambil dan memiliki peralatan mengambil dadah di kawasan Kampung Kianggeh, pada 24 November 2009, dan juga tuduhan mengambil dadah pada 7 Oktober 2014.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memaklumkan mahkamah bahawa defendan diberkas oleh sepasukan pegawai narkotik di mana defendan telah menyerahkan satu tiub kaca yang dipercayai peralatan mengambil dadah kepada pegawai tersebut.

Sampel air kencing dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengambil dadah setelah dianalisis didapati mengandungi kesan Methamphetamine.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan hukuman tertuduh dikuatkuasakan segera.

ARTIKEL YANG SAMA