Dadah: Lelaki tempatan kena penjara 7 tahun

Dadah: Lelaki tempatan kena penjara 7 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda $1,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memiliki 323.7864 gram Methlamphetamine.

Ketua Hakim, Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli turut memerintahkan Jaini bin Mohammad untuk menjalani tambahan penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh pada awalnya berdepan pertuduhan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati namun pihak pendakwa raya memindanya kepada pertuduhan memiliki dadah ketika kes di peringkat bela diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas manakala tertuduh diwakili Peguam Rozaiman Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA