Dadah: Wanita tempatan didenda $3,000

Dadah: Wanita tempatan didenda $3,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $3,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar ke atas seorang wanita warga tempatan atas dua pertuduhan mengambil dadah terkawal pada 2013 dan 2015.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memutuskan hukuman itu terhadap Nabilah @ Nurul Iffah’ Alya Nurana binti Salim, 29, yang mengaku bersalah atas dakwaan mengambil dadah pada 7 Januari 2013 dan 6 April 2015.

pg06_160219_mahkamah logo2

Sampel air kencing yang diambil daripada defendan dalam dua kes berasingan itu setelah dianalisis didapati positif mengandungi Methylamphetamine.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Biro Kawalan Narkotik, Ainor-azimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA