Daerah Polis Belait anjur Sambutan Hari Raya

Daerah Polis Belait anjur Sambutan Hari Raya

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 27 Julai – Bagi memberi kesempatan kepada para pegawai dan anggota beramah mesra dan mengeratkan silaturahim, Daerah Polis Belait telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan di sini, hari ini.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, SAC Mohd Irwan bin Haji Hambali.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman; ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Mumong, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin; Pengerusi Pekerti Cawangan E, Dayang Rogayah binti Nassir; para pengarah dan pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei, dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Belait berserta keluarga mereka, selain itu, majlis turut dihadiri ketua-ketua cawangan jabatan kerajaan Daerah Belait, serta para penghulu dan ketua-ketua kampung.

Gambar ramai bersempena Sambutan Hari Raya Daerah Polis Belait di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan kelmarin.
Gambar ramai bersempena Sambutan Hari Raya Daerah Polis Belait di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan kelmarin.

Majlis tersebut dianjurkan oleh pegawai-pegawai dan anggota Daerah Polis Belait dan ahli-ahli PEKERTI cawangan ‘E’, dengan dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt Ariffin bin Haji Jafaruddin, selaku Pengerusi Cawangan E, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Beberapa persembahan nyanyian lagu Hari Raya turut memeriahkan lagi majlis berkenaan di samping menikmati juadah hari raya, serta beramah mesra antara satu sama lain.

ARTIKEL YANG SAMA