Daerah terbesar Aleppo

Daerah terbesar Aleppo

ALEPPO, Syria, 27 Nov – Media kerajaan Syria berkata tentera kerajaan kelmarin telah menawan daerah terbesar Aleppo yang dikuasai pemberontak, dalam apa yang akan menjadi satu kejayaan besar dalam serangan untuk merebut kembali seluruh bandar kedua itu.

Masaken Hanano adalah daerah pertama yang dikuasai pemberontak pada musim panas tahun 2012 dalam satu langkah yang dibahagikan dimana kawasan timur Aleppo dikuasai oleh pemberontak dan daerah barat dikawal oleh tentera kerajaan.

Sejak itu, lebih daripada 250,000 orang awam telah terperangkap di bawah pengepungan kerajaan dalam beberapa bulan di timur yang dikuasai pemberontak, dengan menguasai bekalan makanan dan bahan api.

Penawanan Masaken Hanano di timur laut Aleppo adalah sebahagian daripada serangan utama kerajaan yang kini memasuki hari ke-12 yang boleh mengasingkan bahagian bandar itu dari kawasan yang dikuasai pemberontak di selatan. – AFP