Daftar lesen anjing

Daftar lesen anjing

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria memaklumkan bahawa orang ramai yang memiliki anjing peliharaan berusia tiga tahun ke atas diingati supaya akan dapat mendaftarkan lesen/lencana anjing setiap tahun sebelum 1 Februari.

Pendaftaran ini adalah bagi yang baru memiliki anjing atau yang telah mansuh tempoh lesen anjing yang didaftarkan sebelumnya.

Lesen / lencana anjing bagi tahun 2016 boleh didapati di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah Bangunan Utama Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jalan McKerron, Kuala Belait, setiap Isnin hingga Khamis dari jam 7:30 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 3 petang, manakala itu, pada Sabtu ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 pagi sahaja.

Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, dalam kenyataannya hari ini, turut menyatakan bahawa anjing-anjing yang telah didaftarkan/dilesenkan hendaklah mempunyai lencana khas daripada jabatan itu dan hendaklah dikalungkan pada leher anjing berkenaan dan dipelihara dalam kandang/sangkar atau ditambat. Selain itu, anjing-anjing tersebut hendaklah sentiasa berada di dalam kawasan rumah sahaja.

Juga diingati bahawa menjadi kesalahan di bawah Akta Anjing-anjing Penggal 60, Bab (4) dan (5), jika gagal mendaftarkan anjing-anjing mereka dan mereka boleh diambil tindakan mahkamah.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda $250 atau 14 hari penjara, manakala itu bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh dijatuhi hukuman denda $500 atau sebulan penjara.

Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai lencana anjing tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut juga akan diambil tindakan dan sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda $250 atau sebulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA