Daftar syarikat secara online

Daftar syarikat secara online

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

TEMBURONG, 7 Sept – Bagi memberigakan Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan Secara Online dan Perintah Penyimpanan Rekod-Rekod (Perniagaan) 2015 khusus bagi usahawan serta pemilik syarikat yang beroperasi di daerah ini, jerayawara telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini, hari ini.

Jerayawara berkenaan diisi dengan sesi taklimat bagi memberikan maklumat terkini mengenai pendaftaran nama perniagaan masing-masing secara ‘online’ mulai 1 Ogos lalu.

Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Kewangan Kanan, Awang Mohd Saiful Adilin bin Haji Edin dan Pegawai Kewangan, Awang Fauzi bin Haji Samat yang menyentuh mengenai penyimpanan rekod-rekod perniagaan yang teratur.

Antara yang hadir mendengarkan taklimat tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad serta Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah.

Pemangku Pegawai Kewangan Kanan, Awang Mohd Saiful Adilin menyampaikan taklimat pendaftaran syarikat dan nama-nama perniagaan secara online, di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

pg11_150908_c

Mereka antara lain menjelaskan bahawa pendaftaran nama-nama perniagaan hendaklah memenuhi syarat-syarat pendaftaran termasuklah tidak muflis dan pemilik syarikat atau perniagaan terlebih dahulu perlu memilih nama perniagaan dan jenis perniagaan masing-masing sebelum diberikan Sijil Pendaftaran 16 iaitu dokumen sijil pendaftaran dan bukannya lesen perniagaan seperti mana yang sering disalah anggap oleh kebanyakan pemohon.

Sementara itu, tatacara yang digariskan akan membantu para peniaga membuat perancangan kewangan yang teratur, membuat keputusan kewangan bagi perniagaan, dan menarik pelabur-pelabur yang berpotensi.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.mof.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA