Dagangan Asia sedikit tenang

Dagangan Asia sedikit tenang

HONG KONG, 3 Sept (AFP) – Ketenangan muncul kembali kepada dagangan Asia hari ini selepas keadaan tidak stabil yang dicetuskan oleh China, ketika cuti awam di tanah besar yang membolehkan para pelabur untuk menumpu pada data positif Amerika Syarikat (AS), yang boleh mengakibatkan aset-aset yang berisiko lebih tinggi.

Susulan positif tentang Wall Street memberikan permulaan sangat baik bagi para peniaga serantau sebelum laporan pekerjaan genting dikeluarkan oleh Washington esok.

Bagaimanapun, suasana lebih positif muncul berlatarbelakangkan amaran dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa keadaan kelam kabut akibat krisis China memberikan impak lebih luas pada ekonomi sejagat.

”Sumber utama gangguan pasaran adalah sampingan ketika pasaran di China kini ditutup bagi minggu ini,” Michael McCarthy, ketua ahli strategi pasaran di CMC Market, Sydney, memberitahu Bloomberg News,” para pelabur Asia-Pasifik menjangkakan kelegaan hari ini.”

Tokyo ditutup 0.48 peratus lebih tinggi, dan Seoul ditutup agak lebih tinggi, manakala terdapat juga perolehan selesa bagi Singapura dan Taipei.

Shanghai dan Hong Kong ditutup untuk memperingati Hari Kemenangan Perang Dunia II di China.

Bagaimanapun, kebimbangan berterusan tentang ekonomi Australia mengekalkan Sydney pada negatif, dengan ASX200 ditutup rendah 1.44 peratus, manakala dolar Australia pada sekitar kadar rendah enam tahun di atas 70 sen AS.

Indeks dunia turun naik ekoran kebimbangan meningkat tentang ekonomi China – kedua terbesar China dan pemacu utama perluasan sejagat – ketika pemimpinnya berusaha menangani kelembapan pertumbuhan.

Kekacauan terbaru muncul Selasa lalu apabila Beijing berkata sektor pengilangan besar negara itu telah mengecut pada Ogos.

Pasaran antarabangsa digegarkan di tengah-tengah persoalan baru berhubung keupayaan kerajaan untuk membendung krisis dan peralihan ekonomi daripada satu yang dipacu pelaburan kepada bergantung harap pada perbelanjaan pengguna.

ARTIKEL YANG SAMA