Dagangan Pasifik perlu di landasan betul

Dagangan Pasifik perlu di landasan betul

HANOI, 7 Ogos (Reuters) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry menyuarakan keperluan untuk terus “menyelesaikan tugas” mengenai Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) ketika satu mesyuarat dengan presiden Vietnam hari ini, seminggu selepas rundingan lama di Hawaii yang berakhir tanpa pemeteraian sebarang perjanjian.

Menteri-menteri perdagangan Lingkaran Pasifik gagal mencapai perjanjian pada minggu lalu untuk membebaskan perdagangan antara puluhan negara selepas perbalahan mengenai isu daripada kereta dan perniagaan tenusu kepada tempoh monopoli untuk ubat generasi akan datang.

“Salah satu perkara amat penting untuk kami sekarang adalah berupaya kekal pada haluan kami mengenai rundingan TPP, bukan merosot, namun menamatkan tugas di mana Vietnam merupakan satu penyumbang penting,” beritahu Kerry kepada Presiden Truong Tan Sang di Hanoi.

Pakatan Pasifik adalah perjanjian “serantau besar” yang dijangka merangkumi 12 negara dengan KDNK berjumlah $28 trilion, di antaranya Australia, Jepun dan AS. Di Asia, ia juga termasuk Vietnam, Malaysia, Singapura dan Brunei.

TPP akan menghubungkan ekonomi berkenaan dengan membatalkan sekatan perdagangan dan mengharmonikan standard yang meliputi dua perlima daripada ekonomi dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.

John Kerry (kiri) bersama Presiden Vietnam Truong Tan Sang, ketika mesyuarat mereka di Istana Presiden, Hanoi, Vietnam. – Reuters
John Kerry (kiri) bersama Presiden Vietnam Truong Tan Sang, ketika mesyuarat mereka di Istana Presiden, Hanoi, Vietnam. – Reuters

Menteri-menteri perdagangan TPP yang membincang pakatan tersebut, yang akan merentasi dari Jepun ke Chile, telah berkata satu perjanjian akan dicapai, meskipun menemui kegagalan pada minggu lalu.

Ekonomi Vietnam yang berorientasikan eksport dilihat sebagai salah satu penerima terbesar TPP disebabkan sumber komoditi yang besar, pekerja murah dan pengaruh pengeluaran yang meningkat, terutamanya dalam tekstil, kasut dan telefon bimbit.

Bercakap di Singapura pada Isnin, Kerry berkata rundingan hampir selesai dan menggelar TPP “satu kaedah yang ketara untuk menunjukkan komitmen AS yang kukuh terhadap keselamatan dan kemakmuran Asia-Pasifik.”

Rumah Putih berkata pada Isnin perunding AS sedang berusaha untuk mencari dasar umum dengan negara lain, tetapi juga mahu perjanjian terbaik untuk AS dan salah satu yang akan memenuhi kriteria Presiden Barack Obama.