Daging beku lebih 40 tahun dirampas

Daging beku lebih 40 tahun dirampas

BEIJING, 24 Jun (AFP) – Daging beku seludup bernilai hampir setengah billion dolar – sebahagiannya sudah reput dan berusia lebih 40 tahun – dirampas di China, menurut laporan hari ini.

Lebih 100,000 tan sayap ayam, daging lembu dan khinzir bernilai sehingga tiga bilion yuan (AS$483 juta) dirampas dalam operasi di seluruh negara, kata akhbar milik negara, China Daily.

“Ia berbau amat busuk, dan saya hampir pengsan apabila membuka pintu,” kata seorang pegawai dari wilayah Hunan, di mana 800 tan daging belu tersebut dirampas.

Dua geng dari wilayah tengah adalah di antara 14 kumpulan yang ditumpaskan di negara itu dalam operasi yang diselesaikan awal bulan ini.

Laporan di laman sesawang propaganda rasmi Hunan berkata daging tersebut dirampas dari kawasan setempat datang dari “kawasan sempadan” dengan Vietnam, di mana adalah “susah untuk mengawal kebanjiran daging.”

Bagaimanapun laporan China Daily tidak menyatakan asal usul daging beku tersebut dan rampasan itu tidak dilaporkan di laman sesawang pentadbiran Awam Kastam China.

Pegawai-pegawai dari Guangxi, wilayah selatan bersempadankan Vietnam, mendapati sebahagian daging beku tersebut “berusia lebih 40 tahun,” kata kahbra itu.

Ini bermakna ia dibungkus dan disimpan bagi proses pembekuan ketika negara itu masih di bawah pemerintahan pengasas Komunis China, Mao Zedong, yang meninggal dunia pada 1976.

Akhbar China Daily berkata para penyeludup membeli daging murah di luar negara, menghantarnya ke Hong Kong dan kemudian ke Vietnam sebelum membawanya ke tanah besar China.

ARTIKEL YANG SAMA