Daimler bina kilang enjin kereta berteknologi tinggi di Poland

Daimler bina kilang enjin kereta berteknologi tinggi di Poland

WARSAW, Poland, 13 Okt – Pembuat kereta Jerman, Daimler berkata ia akan membina kilang bernilai 500

juta euro (AS$551 juta) di barat daya Poland yang akan menghasilkan enjin generasi baru.

Markus Schaefer, anggota lembaga dalam unit Kereta Mercedes-Benz, Daimler berkata hari ini yang pengeluaran enjin-enjin di Jawor akan bermula tahun depan. Kilang itu akan mencapai kapasiti pengeluarannya dalam 2020 dengan ratusan ribu enjin dihasilkan bagi pelbagai model Mercedes.

Dia menganggarkan kilang itu akan mewujudkan ratusan ribu kerja, dan ribuan lagi secara tidak langsung menerusi keperluan perkhidmatan sokongan di rantau itu, kira-kira 60km barat Wroclaw. Sebelum ini pelan kilang baru, Daimler telah menawarkan kira-kira 250 kerja di Poland.

Perdana Menteri Beata Szydlo berkata pelaburan itu merupakan contoh tentang bagaimana Poland ingin membangun dan memodenkan industrinya di samping mengalu-alukan pelaburan asing.

Pengumuman itu muncul beberapa hari selepas Poland dan Airbus Helicopters berpangkalan di Perancis berbalas-balas tuduhan selepas Warsaw memutuskan rundingan berhubung pembelian helikopter berbilion euro bagi pasukan bersenjatanya. – AP