Dakwaan baru tutup kes doping di Kenya

Dakwaan baru tutup kes doping di Kenya

pg21_151117_cNAIROBI, Kenya, 16 Nov (Agensi) – Atletik Kenya berdepan lebih banyak dakwaan semalam ketika seorang jurulatih mendakwa tiga pelari maraton membayar sogokan kepada persekutuan trek kebangsaan dalam pertukaran bagi penggantungan dadah yang lebih longgar.

Paul Simbolei (gambar) memberitahu media dia sudah memaklumkan polis mengenai sogokan itu dan malah sejak itu dia menerima ancaman kerana melaporkan dakwaan tersebut kepada pihak berkuasa.

Dalam kes yang berasingan, Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF) berkata ia sedag menyiasat dakwaan bahawa pegawai atletik Kenya yang menganggotai badan majlis membuat keputusan pertubuhan itu menggelapkan wang penajaan.

Kedua-dua kes itu menambah kepada pengawasan terhadap atletik di Kenya, negara yang sudah menghadapi dakwaan yang sama kepada yang ditunjukkan di Rusia, diharamkan dari pertandingan balapan dan padang antarabangsa berhubung laporan dakwaan dadah bersistematik yang ditaja negara.

Simbolei, seorang jurulatih di bandar altitud tinggi di Iten, enggan menamakan pelari yang terlibat tetapi akan bertemu polis bagi penyiasatan biasa. Sejak dia kali pertama membuat dakwaan itu, dia telah menghindarkan menjawab beberapa panggilan telefon, katanya.

Ulasannya menyusul laporan diterbitkan akhbar British, The Sunday Times, di mana Simbolei berkata dia diberitahu polis bahawa kehidupannya mungkin dalam bahaya selepas membuat dakwaan terhadap penutupan dadah yang besar di Kenya dalam temu bual sebelumnya dengan badan penyiaran Jerman, ARD.

“Saya telah memberitahu (polis) segala yang saya tahu,” akhbar itu memetik kenyataan Simbolei. “Saya memberitahu mereka, pegawai-pegawai menghampiri atlet, atau jurulatih mereka, dan meminta wang tunai dengan berkata ‘anda tahu anda atlet menggunakan dadah.”

Simbolei mendakwa pegawai trek Kenya meminta bagi perkongsian dalam kemenangan perlumbaan, “atau mereka akan mendedahkan anda kerana menipu.”

Seorang pegawai polis memberinya amaran “agar berhati-hati dengan maklumat ini,” kata Simbolei.

ARTIKEL YANG SAMA