Dakwaan penderaan seksual dibatalkan

Dakwaan penderaan seksual dibatalkan

JAKARTA, 14 Ogos (AFP) – Seorang warga Kanada dan seorang warga Indonesia dipenjarakan bagi kesalahan penderaan seksual di sebuah sekolah berprestij, Sekolah Antarabangsa Jakarta akan dibebaskan selepas sabitan ke atas mereka dibatalkan, menurut seorang peguam hari ini, dalam satu kes yang dikritik sebagai yang penuh dengan kesilapan undang-undang.

“Saya sungguh gembira,” kata Tracy Bantleman, penuh emosi, iaitu isteri kepada pentadbir sekolah, Neil Bantleman, selepas berita bahawa Mahkamah Tinggi Jakarta telah membebaskan mereka.

Bantlemen, yang memegang kewarganegaraan Britain, dan seorang pemandu pengajar warga Indonesia, Ferdinand Tjiong telah dipenjarakan selama 10 tahun setiap seorang pada April dan diperintah membayar denda besar, selepas didapati bersalah mendera tiga orang kanak-kanak.

Mereka berdua menegaskan mereka tidak bersalah dan menerima sokongan dari Jakarta Intercultural School (JIS) dan ibu bapa di institusi itu, dengan para penyokong menuduh polis dalam melaksanakan penyiasatan yang tidak teratur dan mengatakan perbicaraan ke atas kedua-dua lelaki itu tidak adil.