Dalai Lama beri amaran pemanasan global

Dalai Lama beri amaran pemanasan global

NEW DELHI, 20 Okt – Dalai Lama hari ini menggesa dunia untuk melindungi Tibet daripada pemanasan global, berkata tanah airnya, Himalaya itu amat penting kepada kesihatan dunia.

Ketua spiritual yang hidup dalam buangan itu menyeru generasi muda untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani perubahan iklim ketika dia melancarkan kempen daripada kepimpinan Tibet menjelang rundingan di Paris yang bermula bulan depan.

“Planet biru ini adalah satu-satunya rumah kita dan Tibet adalah bumbungnya. Sepenting Artik dan Antartika, ia adalah Kutub Ketiga,” katanya dalam satu kenyataan.

“Penara Tibet perlu dilindungi, bukan hanya buat penduduk Tibet namun bagi kesihatan alam sekitar dan kemapanan seluruh dunia.”

Tibet, penara tertinggi dan terbesar di dunia, sering digelar ‘kutub ketiga’ kerana ia menyimpan lebih banyak air tawar dalam bentuk glasier daripada mana-mana rantau di Bumi, kecuali kutub Utara dan Selatan.

Rantau itu mengalami pemanasan dua kali ganda purata global, membawa kepada pencairan berpuluh ribu glasier yang menyalurkan ke tujuh sungai besar utama menerusi India, Bangladesh, China dan Asia Tenggara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA