Dalai Lama rai ulang tahun ke-80

Dalai Lama rai ulang tahun ke-80

DHARAMSALA, India, 21 Jun (AFP) – Dalai Lama meraikan ulang tahun rasminya ke-80 hari ini, dengan berdoa dan meraikannya di tempat asalnya namun hanya sedikit yang telah dilakukan selama berdekad-dekad untuk meraih autonomi besar Tibet.

Penerima anugerah Nobel itu akan berada di Amerika Syarikat apabila dia menyambut ulang tahun ke-80 pada 6 Julai, namun hari ini adalah merupakan hari lahir rasminya menurut kalendar bulan Tibet, dan dia meraikannya bersama para pengikut dan peminatnya di Dharamsala.

Ketua spiritual Tibet itu memberi ucapan kepada rakannya dan orang kenamaan India di bandar bukit utara India tempat beliau tinggal sejak melarikan diri dari Tibet pada tahun 1959 selepas gagal dalam pemberontakan ke atas pemerintahan China.

“Ia adalah perhimpunan besar di sini bersama kira-kira 8,000 orang dan orang kenamaan dari seluruh dunia yang datang ikut serta memeriahkan perayaan seharian itu,” menurut jurucakap, Tsering Wangchuk kepada AFP.

Dalai Lama memberi penghormatan kepada beribu pengikutnya semasa ulang tahun ke-80 di kuil Tsuglakhang. – AFP
Dalai Lama memberi penghormatan kepada beribu pengikutnya semasa ulang tahun ke-80 di kuil Tsuglakhang. – AFP

Acara itu termasuk tarian tradisional dan doa khas bagi ketua spiritual Buddha itu, yang tiada menunjukkan sebarang kemerosotan.

Walaupun beliau secara rasminya melepaskan peranan politiknya, Dalai Lama tetap mengekalkan jadual ke luar negerinya yang padat dan dijangka akan mengunjungi Britain bulan ini sebelum berkunjung ke Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA