Dalami bacaan ilmu Al-Quran

Dalami bacaan ilmu Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Dalam usaha memberikan ilmu pengetahuan kepada para jemaah, Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar telah menyusun rancangan mingguan dan harian bagi Perancangan Tahunan Takmir Masjid Tahun 2016.

Antara kegiatan yang masih lagi mendapat sambutan ialah Kelas Al-Quran dan Muqaddam dewasa Muslimah yang telah disertai seramai 80 jemaah Muslimah masjid berkenaan. Tenaga pengajar terdiri daripada Haji Anuar bin Haji Anggas dan Haji Zainal bin Haji Othman.

Kelas Al-Quran dan Muqaddam itu bertujuan memberikan pengetahuan agama kepada para jemaah di samping dapat mendalami dan menghalusi pembacaan Al-Quran selain dapat mengimarahkan masjid dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim para jemaah masjid dan penduduk kampung.

Semasa Kelas Al-Quran dan Muqaddam dijalankan sebagai kegiatan Muslimah di Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar.
Semasa Kelas Al-Quran dan Muqaddam dijalankan sebagai kegiatan Muslimah di Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar.

ARTIKEL YANG SAMA