Dalami ilmu Dikir Brunei

Dalami ilmu Dikir Brunei

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Nov – Seramai 20 orang Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, pagi tadi telah mengadakan Kelas Ulangkaji Dikir Syarafil Anam dan Pengenalan Dikir Brunei di masjid berkenaan di Daerah Tutong.

Hadir sebagai tenaga pengajar Dikir Syarafil Anam ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad.

Selain mendalami ilmu Dikir Syarafil Anam, ia juga bertujuan untuk mempertahankan lagu-lagu Dikir Brunei lama agar tidak pupus ditelan zaman dan seterusnya dapat mengenalkan dan mengetahui sejarah asal lagu-lagu Dikir Brunei yang diperkenalkan oleh orang-orang tua dahulu. Antara lagu-lagu dikir yang diperdengarkan semasa ulangkaji tersebut ialah Khairuman Kopi, Bisahrin Udanalaila, Badat Nurjala, Alham Allah dan sebagainya.

Dengan adanya kelas Dikir Syarafil Anam ini, lagu-lagu Dikir Brunei yang lama ini akan dapat dipelajari oleh Muslimah-muslimah dan seterusnya dapat diperkembangkan di semua lapisan masyarakat di Daerah Tutong dan seterusnya di seluruh negara.

Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang menghadiri kelas Dikir Syarafil Anam.
Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang menghadiri kelas Dikir Syarafil Anam.

ARTIKEL YANG SAMA