Dalami ilmu pengurusan jenazah

Dalami ilmu pengurusan jenazah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Jun – Selaras dengan usaha untuk meningkatkan ilmu dan amalan penghayatan Islam dalam kalangan pegawai dan kakitangannya, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Dewan Bandaran, di sini.

Hampir 100 orang menyertai kursus tersebut yang telah dikendalikan oleh tiga orang pemudah cara dari Pejabat Ugama Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin, Hajah Rapiah binti Ahmad dan Dayang Norkhasidah binti Abdullah.

Kursus singkat kira-kira tiga jam itu telah banyak memberikan panduan dalam melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan.

Ia telah dimulakan dengan taklimat tentang pengurusan jenazah lelaki dan perempuan kemudiannya kursus dibahagikan kepada secara teori dan amali yang menunjukkan apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlaku kematian dan cara-cara menguruskan jenazah dengan betul.

Peserta kursus ditunjukkan cara betul pengurusan jenazah seperti memandikan, mengkafan, menyembahyangkan dan sebagainya.
Peserta kursus ditunjukkan cara betul pengurusan jenazah seperti memandikan, mengkafan, menyembahyangkan dan sebagainya.

pg08_150629_e

Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Awang Sarih bin Tabong menyatakan harapan agar ilmu fardu Kifayah yang telah diberikan itu dapat menjadi panduan kepada kalangan pesertanya dan dapat menghulurkan bantuan jika diperlukan di masa-masa akan datang.

Acara diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Awang Sarih.

ARTIKEL YANG SAMA