Dalami lagu-lagu Dikir Syarafil Anam

Dalami lagu-lagu Dikir Syarafil Anam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 2 Dis – Dalam usaha menyebarluaskan ilmu pengetahuan khususnya lagu-lagu Dikir Syarafil Anam, seramai 150 orang guru dan Muslimah Masjid Daerah Tutong, pagi tadi, telah menyertai Bengkel Dikir Syarafil Anam yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Daerah Tutong.

Bengkel Dikir Syarafil Anam selama dua hari, hingga hari ini, itu telah dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad.

Bengkel yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah dikhususkan kepada Muslimah masjid daerah berkenaan dengan tujuan untuk mendalami ilmu dalam lagu-lagu Dikir Syarafil Anam yang baru dan lama.

Pegawai Hal Ehwal masjid Daerah Tutong, Haji Masri ketika mengendalikan Bengkel Dikir Syarafil Anam.
Pegawai Hal Ehwal masjid Daerah Tutong, Haji Masri ketika mengendalikan Bengkel Dikir Syarafil Anam.
Para peserta bengkel tekun mengikuti Bengkel Dikir Syarafil Anam.
Para peserta bengkel tekun mengikuti Bengkel Dikir Syarafil Anam.
Sesi bergambar ramai peserta-peserta Bengkel Dikir Syarafil Anam bersama Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong.
Sesi bergambar ramai peserta-peserta Bengkel Dikir Syarafil Anam bersama Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong.

Selain itu, ia juga diharapkan dapat melahirkan Muslimah masjid khususnya di daerah ini yang mahir dengan pembawaan lagu-lagu Dikir Syarafil Anam untuk dipersembahkan pada waktu-waktu keramaian, khususnya menjelang Sambutan Maulidur Rasul dengan acara berdikir 12 malam berturut-turut pada bulan ini nanti.

Bengkel juga merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dalam memartabatkan masjid-masjid Daerah Tutong dalam menyumbangkan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA