Dalami pengetahuan Fardu Kifayah

Dalami pengetahuan Fardu Kifayah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Seramai 34 orang Muslimah Masjid Kampung Tanah Jambu telah berjaya menamatkan Bengkel Fardu Kifayah dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Tanah Jambu, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil berkenaan ialah Ketua Kampung Mentiri yang juga selaku Pemangku Ketua Kampung Tanah Jambu, Haji Bujang bin Sabtu.

Bengkel berkenaan antara lain bertujuan memberikan penerangan tentang tatacara menyempurnakan jenazah termasuk cara-cara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

Bengkel yang diadakan buat julung kalinya itu merupakan salah satu aktiviti masjid dalam menyumbang ilmu pengetahuan yang berguna kepada masyarakat dengan tujuan bagi membolehkan para Muslimah masjid meningkatkan dan mendalami pengetahuan khususnya ilmu Fardu Kifayah.

Persembahan tausyeh oleh Muslimah Masjid Kampung Tanah Jambu.
Persembahan tausyeh oleh Muslimah Masjid Kampung Tanah Jambu.

Di samping itu, ia juga untuk mencari pelapispelapis yang berpotensi dalam bidang Fardu Kifayah, bukan saja sebagai pembantu malah sebagai penyelaras khususnya jika diperlukan dalam pengurusan Fardu Kifayah agar para Muslimah masjid berani tampil ke hadapan apabila tenaga mereka diperlukan sekiranya ada kematian di kawasan masing-masing.

Majlis terdahulu dimulakan dengan persembahan tausyeh oleh para peserta kursus dan seterusnya penyampaian sijil oleh tetamu kehormat.