Dalami penghayatan ibadat

Dalami penghayatan ibadat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Dalam usaha menerapkan nilai keislaman tinggi kepada masyarakat di negara ini, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien mengadakan Bengkel Toharah, Solat dan Tasawwuf di masjid itu, baru-baru ini.

Bengkel disertai 50 orang peserta terdiri daripada jemaah masjid dan orang ramai itu, berakhir hari ini dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil.

Hadir selaku tetamu kehormat dan berkesudian menyampaikan sijil ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel.

Bengkel bertujuan memastikan ibadat yang diamalkan adalah betul dan mengikut apa yang disyariatkan oleh Islam dan mendalamkan penghayatan peserta dalam solat, tasawwuf dan toharah.

Sepanjang bengkel, mereka mempelajari asas fiqh toharah daripada segi bersuci, beristinjak, berwuduk, mandi dan seumpamanya. Manakala dalam fiqh solat pula, mereka didedahkan dengan pengertian solat, sifat solat dan hal ehwal solat.

Bengkel dimudahcara oleh Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh dari Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

ARTIKEL YANG SAMA