Dalami selok-belok penerbitan

Dalami selok-belok penerbitan

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Rombongan seramai 14 pelajar bersama empat pensyarah dari Kolej IGS, kelmarin, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Regalblue Productions, di Sungai Hanching, di sini, bagi mendalami pengetahuan mengenai penyiaran produksi video tempatan.

Rombongan tersebut diketuai oleh salah seorang pensyarah kolej berkenaan, Haji Hasnul Hamdani, dan turut disertai oleh seorang penuntut dari Universiti Lim Kok Wing, Malaysia.

Rombongan dialu-alukan oleh Pengarah Regalblue, Awang Harlif Mohamad dan warga syarikat produksi berkenaan.

Dalam lawatan berkenaan, para pelajar telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Regalblue, Dayang Nurain binti Abdullah, yang antara lain menjelaskan mengenai latar belakang Regalblue Production, projek filem Ada Apa Dengan Rina yang merangkumi tujuan, sambutan, perjalanannya, dan pengajaran melalui projek tersebut dan seterusnya aliran kerja produksi.

Rombongan juga diberikan tip dan mengongsikan pengalaman dalam penerbitan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Para pelajar mencuba sendiri proses produksi.
Para pelajar mencuba sendiri proses produksi.
Rombongan bergambar ramai bersama warga Regalblue Production.
Rombongan bergambar ramai bersama warga Regalblue Production.

Para pelajar diberikan peluang untuk mencuba sendiri proses pembuatan drama yang bermula daripada pra-produksi, produksi dan selepas produksi.

Setiap pelajar juga diberikan peluang memegang tugasan dalam produksi yang disediakan oleh pihak Regalblue agar dapat memperolehi pengalaman secara langsung industri pembuatan drama dan filem.

Pengarah Regalblue dalam temu bual ringkas menyatakan, menerusi lawatan itu, beliau berharap para pelajar dalam mendapat banyak manfaat.

“Saya berharap dari lawatan ini boleh memberikan semangat kepada para pelajar bahawa mereka juga boleh melakukannya dan dengan pengetahuan yang mereka pelajari daripada pendidikan formal dalam bidang ini akan membantu pelajar untuk melangkah lebih jauh dari kami,” ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berharap agar para pelajar dalam bidang penyiaran ini akan dapat sama-sama memajukan industri kreatif tanah air apabila tamat pengajian nanti.

ARTIKEL YANG SAMA