‘Dalang’ pengeboman Thai larikan diri

‘Dalang’ pengeboman Thai larikan diri

BANGKOK, 8 Sept – Dalang disyaki melakukan pengeboman paling membinasakan di Thailand melarikan diri dari negara itu pada malam letupan di sebuah makam Hindu bulan lalu dan yang lain dikehendaki polis kemungkinan besar berada di luar negara, menurut sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu.

Di bawah siasatan polis, seorang daripada dua warga asing dalam tahanan mengakui menghantar beg sandar kepada pengebom di stesen kereta api utama Bangkok pada malam serangan 17 Ogos, dua sumber polis memberitahu Reuters.

Polis percaya pengebom adalah seorang lelaki berbaju kuning yang masih lagi bebas dan dirakamkan aksinya oleh kamera pemantauan, meletakkan beg sandang di Makam Erawan sejurus sebelum letupan membunuh 20 orang dan mencederakan 130 lagi.

“Suspek menekankan bahawa dia tidak tahu kandungan beg,” kata satu sumber terlibat penyiasatan menjelaskan.

Lelaki yang disoal, menurut satu lagi sumber polis lain, bercakap mengenai peranan utama dimainkan oleh lelaki Bernama Izan yang melarikan diri melalui lapangan terbang utama Bangkok sehari sebelum serangan.

Seorang suspek (tengah) pengeboman 17 Ogos di Bangkok yang diberkas minggu lalu berhampiran sempadan dengan Kemboja, bercakap dengan pegawai polis ketika lakonan semula jenayah di sebuah apartmen, di mana polis menyerbu dan mendapati bahan yang mungkin digunakan dalam pembuatan bom bagi pengeboman bulan lalu, di daerah Nongkok, pinggir bandar Bangkok. –Reuters
Seorang suspek (tengah) pengeboman 17 Ogos di Bangkok yang diberkas minggu lalu berhampiran sempadan dengan Kemboja, bercakap dengan pegawai polis ketika lakonan semula jenayah di sebuah apartmen, di mana polis menyerbu dan mendapati bahan yang mungkin digunakan dalam pembuatan bom bagi pengeboman bulan lalu, di daerah Nongkok, pinggir bandar Bangkok. –Reuters

Dia menugaskan tanggungjawab semasa satu mesyuarat bagi mereka yang terbabit.

“Daripada keterangan, kami mendapati Izan kemungkinan besar dalang namun sudah pun pergi dari sini,” katanya, tanpa menjelaskan kewarganegaraan atau destinasi.

“Kemungkinan besar mereka yang kami sudah keluarkan waran tangkap juga melarikan diri.”

Tiga orang sumber polis itu enggan dikenali kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap dengan media.

Perincian yang belum lagi disahkan, boleh menjadi tanda kemajuan luar biasa dalam kes yang mana pihak berkuasa dikritik kerana cara pengendalian sembarangan.

Ketua Timbalan Polis Chakthip Chaijinda memberitahu Reuters lelaki ditangkap mengakui menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeboman dan berada di tempat kejadian pengeboman.Chakthip bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut, namun menambah bahawa polis memburu empat lagi suspek. –Reuters

ARTIKEL YANG SAMA