‘Dalang’ serangan bas pengawal keselamatan di Tunisia dikenal pasti

‘Dalang’ serangan bas pengawal keselamatan di Tunisia dikenal pasti

TUNIS, 27 Nov (Agensi) – Lelaki yang dikenali sebagai Houssam ben Hei ben Miled Abdelli didapati bertanggungjawab melancarkan serangan bom yang mengorbankan 12 ejen keselamatan presiden Tunisia baru-baru ini.

Pihak berkuasa negara itu mengesahkan identiti peniaga berusia 27 tahun itu menerusi ujian DNA. Dia dikatakan berasal daripada kelas pertengahan di kawasan kejiranan di pinggir bandar, dekat sini.

Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan berkata, polis forensik mengenal pasti Houssam menerusi DNA milik-nya. Kumpulan militan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas sebuah bas di kawasan tengah bandar, yang mengorbankan 12 orang.

Letupan terbaharu yang menggegar Tunisia kali ketiga itu berlaku selepas dua serangan di kawasan pelancongan tahun ini, yang dilakukan kumpulan radikal Islam mengorbankan 60 nyawa.

ARTIKEL YANG SAMA