Dalilah raih emas 400m berpagar

Dalilah raih emas 400m berpagar

RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Rentak larian bertenaga Dalilah Muhammad membantunya melakar kemenangan cemerlang dalam acara 400 meter berpagar sebentar tadi untuk mencatat sejarah Olimpik sebagai pelari pertama dari Amerika Syarikat (AS) memenangi emas dalam acara terbabit.

Pelari berusia 26 tahun itu, melonjak laju daripada blok dan menguasai sepenuhnya perlumbaan untuk meraih emas dengan kepantasan 53.13 saat.

Sara Slott Petersen dari Denmark memenangi perak dengan catatan 53.55s manakala rakan senegara Dalilah, Ashley Spencer yang tiba ke garisan penamat dengan catatan 53.72s menyambar gangsa.

Kejayaan Dalilah itu memastikan kekecewaan AS dalam acara yang disifatkan sebagai paling mencabar itu berakhir.

pg24_160820_olympic logo

Dalilah Muhammad menangi pingat emas dalam acara 400 meter berpagar wanita final di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil. - AP
Dalilah Muhammad menangi pingat emas dalam acara 400 meter berpagar wanita final di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

Sejak acara itu dipertandingkan pada edisi 1984 Los Angeles, pelari AS sekadar meraih pingat perak tidak lebih dari lima kali.

Walaupun prestasi Dalilah sedikit hambar pada musim ini, namun persoalan utama lebih tertumpu kepada kekurangan pengalamannya beraksi di peringkat tertinggi.

Dia tiba ke Rio dengan berbekalkan pengalaman cetek iaitu pernah sekali saja mewakili AS di kejohanan utama, ketika memenangi pingat perak di Kejohanan Dunia 2013 Moscow.

Walaupun berdepan tentangan juara dunia dua kali, Zuzana Hejnova di pentas final sebentar tadi, Dalilah kelihatan tidak berdepan masalah untuk mengatasi wakil Republik Czech itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA