Dallas bangkit benam Chicago 3-1

Dallas bangkit benam Chicago 3-1

LOS ANGELES, 17 Julai – Maximiliano Urruti dan Mauro Diaz menjaringkan gol pada separuh masa pertama semalam ketika FC Dallas bangkit dari kekalahan pada pertengahan minggu dengan kemenangan 3-1 dalam persaingan Major League Soccer ke atas Chicago Fire.

Kemenangan di laman sendiri di sub bandar Frisco, Texas, adalah kali keempat dalam lima perlawanan bagi FC Dallas, yang mendahului kedudukan Western Conference dan dengan 12 kemenangan bagi mendahului Supporter Shield sebagai pasukan teratas pada keseluruhannya.

Ia membantu memadamkan kekecewaan tewas 5-0 kepada Seattle Sounders pada Rabu lalu.

Selepas bergelut dengan posisi beberapa minit pertama perlawanan, FC Dallas mendominasi permainan pada separuh masa pertama, membuka jaringan pada minit ke-23.

Fabian Castillo dari FC Dallas, menewaskan pemain pertahanan Chicago, Rodrgio Ramos dan Michael Stephens ke bahagian kiri kawasan penalti sebelum membuat sepakan lintang dan menuju Urruti, yang membuat tandukan sukar dicapai penjaga gol, Matt Lampson.

Diaz menambah untuk mendahului minit ke-41 apabila mendapatkan hantaran dari Kellyn Acota dan melepaskan ledakan ke kiri tiang gol dan menerjah gawang Lampson. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA