Dallas dicengkam kebimbangan

Dallas dicengkam kebimbangan

DALLAS/MADRID, 10 Julai – Dallas telah dicengkam kebimbangan keselamatan baru kelmarin yang dicetuskan oleh ancaman tidak diketahui di bandar Texas, pada ketika seorang lelaki bersenjata menyerang lima pegawai polis semasa bantahan aman.

Pasukan SWAT dikerahkan mengawal sekitar ibu pejabat Jabatan Polis Dallas sementara para pegawai menyiasat laporan mengenai orang yang disyaki di garaj letak kereta – akhirnya dilepaskan sekitar dua jam kemudian.

Polis mengambil langkah keselamatan ‘berjaga-jaga’ di seluruh bandar itu selepas menerima ancaman tidak dikenal pasti ke atas penguat kuasa undang-undang,” kata polis Dallas dalam satu kenyataan.

Kebimbangan itu muncul ketika malam perarakan lain menentang polis telah diadakan di beberapa buah bandar Amerika Syarikat (AS), gelombang bantahan yang menunjukkan sedikit tanda reda.

Bantahan yang diketuai oleh pergerakan Black Lives Matter telah menuntut keadilan ke atas dua warga Afrika-Amerika yang ditembak mati oleh polis minggu ini – saat-saat kematian mereka telah dirakamkan dalam video yang disebarkan yang menggamatkan seluruh penduduk di negara itu.

Pada bantahan di Dallas lewat Khamis, seorang tentera veteran berkulit hitam berusia 25 tahun, Micah Johnson telah menggunakan raifal untuk menembak mati lima pegawai polis dalam serangan hendap. Tujuh polis yang lain cedera, serta dua warga awam yang lain.

Presiden AS, Barack Obama (kiri) ketika menghadiri mesyuarat dua hala bersama Raja Felipe di Palacio Real de Madrid di Madrid, Sepanyol pada 10 Julai. - AFP
Presiden AS, Barack Obama (kiri) ketika menghadiri mesyuarat dua hala bersama Raja Felipe di Palacio Real de Madrid di Madrid, Sepanyol pada 10 Julai. – AFP

Johnson memberitahu perunding sebelum polis membunuhnya bahawa dia ingin membunuh polis berkulit putih sebagai balas dendam atas kematian orang kulit hitam.

Sementara itu di Madrid, Barack Obama bertemu dengan Raja Sepanyol, Felipe di Madrid hari ini, semasa lawatan pertama presiden yang bersimbolik namun singkat ke Sepanyol, ekoran runtunan keganasan terbaru Amerika.

Obama mengambil kesempatan itu dalam lawatan kepada rakan penting NATO dan EU sebelum bergegas pulang untuk menangani insiden penembakan di Dallas.

Menyapa Raja Felipe di Royal Palace di Madrid, Obama menyedari bahawa ‘kita berdepan minggu sukar di Amerika Syarikat’.

Beliau terpaksa mengurangkan lawatan dua hari ke semenanjung Iberia kepada sehari dan membatalkan lawatan ke Seville bersama raja, selepas seorang tentera berkulit hitam membunuh lima pegawai polis di Dallas. – AFP