Dana bola sepak wanita dipantau

Dana bola sepak wanita dipantau

pg21_150627_bBERN, 26 Jun (Reuters) – Dana yang diperuntukkan bagi kemajuan bola sepak wanita akan dipantau dengan audit secara rambang bagi memastikan wang akan pergi ke tempat yang seharusnya, kata badan induk bola sepak FIFA semalam.

Dengan FIFA dilanda korupsi, rasuah dan skandal pembersihan kewangan, pengurus kemajuan kanan bola sepak wanita FIFA, Mayrilian Cruz-Blanco memberithau sidang akhbar tentang garis panduan wang dari Program Bantuan Kewangan (FAP) akan pergi dan bagaimana ia dibelanjakan.

“Program Bantuan Kewangan begitu dipantau setiap tahun sebelum dana dikeluarkan dengan ahli persekutuan perlu menghantar projek di mana mereka mahu membelanjakan dana ini,” kata Cruz-Blanco.

“Minimum 15 peratus perlu diperuntukkan (kepada projek bola sepak wanita)… dan kami memeriksa bahawa 15 peratus diperuntukkan sebelum kami memberikan mereka lebih banyak dana daripada Program Kemajuan Bola Sepak Wanita.

“Bagi semua ahli persekutuan adalah perlu mereka melakukan audit. FIFA juga melakukan audit secara rambang ke atas beberapa buah negara untuk memastikan dana berada di tempat yang tepat.”

FIFA melabur sekitar AS$900 juta setahun dalam projek–projek bola sepak seluruh dunia, walaupun Cruz-Blanco mempertahankan amalan itu hanya komited 15 peratus kepada program wanita.

“Jumlah itu amat menggalakkan walaupun ia adalah peratusan minimum,” katanya sambil menambah 177 buah negara melabur lebih daripada AS$38 juta dalam perlawanan wanita setiap tahun.

Dia juga menunjukkan peningkatan jumlah program tertentu wanita, dengan FIFA mendedahkan kursus kepimpinan ketika Piala Dunia Wanita sedang berlangsung di Kanada, sementara simposium selama tiga hari akan diadakan di Vancouver menjelang perlawanan akhir 5 Julai.

ARTIKEL YANG SAMA