Dana buka kilang baru di Thailand

Dana buka kilang baru di Thailand

BANGKOK, 16 Sept (dpa) – Pengilang alat-alat kenderaan Amerika, Syarikat Dana Holding telah membuka kilang bernilai 40 juta dolar di Thailand, menurut satu laporan hari ini.

Kemudahan baru syarikat yang berpangkalan di Ohio itu adalah merupakan yang keempat di Thailand, akan menyediakan sekitar 100 kerja baru yang akan menghasilkan 600,000 set gear kenderaan ringan setahun, menurut Bangkok Post.

Robert Pyle, presiden bagi teknologi kenderaan ringan, mengatakan Dana berasa optimis tentang industri automotif Thailand meskipun merosot baru-baru ini. Dana menggaji lebih 800 orang dalam tiga kilangnya yang lain. Alat-alatnya digunakan oleh pembuat kereta utama termasuk Ford, Mazda dan Nissan.