Dana F1 Texas dikurangkan

Dana F1 Texas dikurangkan

LONDON, 9 Mac (Agensi) – Penganjur Grand Prix AS Formula Satu di Austin, Texas, bakal mengakhiri bulan yang tidak pasti mengenai perlumbaan mereka pada 23 Oktober dan mengesahkan bahawa ia akan melakukannya selepas menjadualkan sidang akhbar hari ini.

“Ia tidak disahkan sehinggalah kami dibayar, dan sehingga hari ini tiada wang telah dibayar,” Presiden Circuit of the Americas (COTA), Bobby Epstein memberitahu Reuters semalam ketika ditanya sama ada perjanjian itu telah dilakukan.

“Kami tidak dibayar satu sen pun lagi.”

Perlumbaan itu kini disenaraikan dalam kalendar rasmi dan tertakluk kepada persetujuan pemegang hak komersial Bernie Ecclestone disebabkan ketidakpastian berhubung sejauh mana dana negeri itu.

Ecclestone telah berkata berkali-kali sejak Disember bahawa beliau menjangka ia akan dijalankan. Musim 2016 telah bermula di Australia pada 20 Mac.

Satu-satunya pusingan kejohanan di Amerika Syarikat adalah begitu penting bagi para pasukan dan penaja.

Tahun lepas, ia memperlihatkan pelumba Britain, Lewis Hamilton menjamin kejuaraan dunianya bagi kali ketiga.

Laporan media pada November berkata subsidi kerajaan Texas telah dikurangkan sebanyak lebih daripada 20 peratus kepada kira-kira AS$19.5 juta dari AS$25 juta.

Bayaran ini adalah berdasarkan kepada pengiraan formula dan berapa banyak aktiviti perlumbaan tersebut bagi menjana ekonomi Texas.