Dana pelaburan Och-Ziff bayar AS$413j akibat rasuah

Dana pelaburan Och-Ziff bayar AS$413j akibat rasuah

NEW YORK, 30 Sept – Dana pelaburan Kumpulan Pengurusan Modal Och-Ziff akan membayar AS$413 juta untuk menyelesai dakwaan mengatakan ia memberi rasuah kepada pegawai di Republik Demokratik Congo, Libya dan negara Afrika lain, kata pegawai semalam.

Och-Ziff, yang mempunyai lebih daripada AS$39 bilion di bawah pengurusannya, membayar rasuah kepada pegawai untuk mendapatkan hak perlombongan dan mendapatkan pelaburan dalam syarikat daripada dana kekayaan Libya, menurut pegawai daripada Jabatan Keadilan AS dan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran.

Syarikat itu memberikan berjuta-juta dolar kepada pegawai tempatan termasuk seorang anak lelaki diktator Libya Muammar Gaddafi, menurut SEC.

Firma itu akan membayar AS$213 juta dalam denda jenayah kepada Jabatan Keadilan dan AS$200 juta tambahan dalam keuntungan dan faedah kepada SEC. Unitnya di Afrika juga membuat akuan salah kepada satu tuduhan bersubahat untuk melakukan rasuah asing. Syarikat itu akan tertakluk kepada pengawasan pengawas pentadbiran luar selama tiga tahun. – AFP