Dana pencen Jepun hilang AS$64 bilion

Dana pencen Jepun hilang AS$64 bilion

TOKYO, 1 Dis (AFP) – Dana pencen awam Jepun – dana terbesar di dunia – mengalami kehilangan luar biasa sebanyak AS$64 bilion dalam suku Julai-September, menurut satu laporan baru ketika pasaran ekuiti global menjunam musim panas ini ekoran kebimbangan ekonomi China.

Kejatuhan Dana Pelaburan Pencen Kerajaan (GPIF) sebanyak 135 trilion yen (AS$1.1 trilion – suku tahunan terburuk sejak 2008 – berlaku selepas kerajaan memutuskan tahun lepas untuk menggandakan jumlah ekuiti dalam portfolio sarat bon untuk menjana pulangan yang lebih tinggi.

Langkah itu diambil untuk berdepan dengan jumlah peningkatan drastik pesara Jepun yang bergantung kepada pencen raksasa, tetapi kerugian suku tahunan menonjolkan risiko strategi berkenaan.

Dalam satu laporan hari ini, dana pencen berkata jumlah nilainya menurun sebanyak 5.6 peratus atau 7.89 yen dalam tempoh tiga bulan hingga September ketika harga saham Jepun dan luar negara merudum kerana bimbang mengenai penurunan yang ketara di China.

Pintu masuk ke bangunan Tabung Pelaburan Persaraan Kerajaan (GPIF) di Tokyo dalam gambar fail 29 September 2014. Dana pencen awam Jepun mengalami kehilangan luar biasa sebanyak AS$64 bilion dalam suku ketiga 2015 selepas pasaran ekuiti global menjunam akibat tempias ekonomi China. – Reuters
Pintu masuk ke bangunan Tabung Pelaburan Persaraan Kerajaan (GPIF) di Tokyo dalam gambar fail 29 September 2014. Dana pencen awam Jepun mengalami kehilangan luar biasa sebanyak AS$64 bilion dalam suku ketiga 2015 selepas pasaran ekuiti global menjunam akibat tempias ekonomi China. – Reuters

Beijing mengejutkan pasaran ekuiti di seluruh dunia Ogos lepas dengan penurunan nilai mata wang yuan sehingga mencetuskan penurunan curam di bursa-bursa seluruh dunia.

Dana pencen berkata, pelaburan ekuiti Jepun juga telah merosot 13 peratus pada suku sebelum ini, manakala nilai pegangan saham antarabangsanya pula jatuh 11 peratus.

Tahun lalu, dana pencen Jepun mengumumkan langkah untuk menggandakan pegangan sahamnya daripada 24 peratus kepada 50 peratus.

Dana itu sebelum ini mempunyai lebih 70 peratus daripada aset yang dilaburkan dalam bon kerajaan dan luar negara untuk mendapatkan pulangan.