DANA terima sumbangan $4,200

DANA terima sumbangan $4,200

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Bekas pelajar Brunei Darussalam di Singapura 1965-1983, kelmarin, menyerahkan sumbangan derma berjumlah $4,200 kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) yang diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di sini.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Haji Puasa bin Haji Jumat selaku wakil Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Dalam pada itu, pihak DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di negara ini.

Penolong Pengarah Urusan Yayasan menerima sumbangan untuk DANA kelmarin yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan, Jalan Kumbang Pasang, kelmarin.
Penolong Pengarah Urusan Yayasan menerima sumbangan untuk DANA kelmarin yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan, Jalan Kumbang Pasang, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA