DANA terima sumbangan dari IBTE

DANA terima sumbangan dari IBTE

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim (DANA), menerima sumbangan derma berjumlah $3,982 dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Sekolah Perdagangan dalam majlis yang diadakan di Bilik Persidangan, IBTE Kampus Sekolah Perdagangan, Gadong, hari ini.

Sumbangan derma daripada hasil penyewaan petak-petak jualan yang dikendalikan semasa Business Project 2015 itu, disampaikan oleh Pengetua Pusat Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Dr. Sheikh Lokman bin Sheikh Hamid kepada wakil Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Awang Samsudin bin Haji Puasa.

Terdahulu dari itu, Ketua Sekolah Perdagangan, Pengiran Hajah Norashikkin dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa sumbangan derma berjumlah $3,982 yang disampaikan kepada DANA adalah hasil yang diperoleh daripada penyewaan petak-petak jualan semasa Business Project 2015 yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun akhir peringkat Diploma dalam jurusan Kewangan dan Perniagaan dan Pentadbiran Pejabat.

Dr. Sheikh Lokman (kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah $3,982 kepada Awang Samsudin.
Dr. Sheikh Lokman (kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah $3,982 kepada Awang Samsudin.

Beliau menjelaskan lagi bahawa modal sebanyak $2,000 yang diberikan oleh pihak Yayasan telah digunakan sebagai modal bagi menjalankan projek perdagangan pada 2015 dan hasil daripada penyewaan petak-petak jualan, pihak sekolah telah memperoleh wang tunai sebanyak $3,982.

“Oleh sebab pertukaran tempat dan kawasan yang terhad, maka hasil penyewaan petak tidaklah sebanyak yang dijangkakan seperti yang dihadapkan dalam kertas kerja kepada pihak Yayasan.

“Dalam perancangan awal, business project ini sepatutnya diadakan di stadium, oleh sebab-sebab yang tertentu maka lokasinya ditukar ke kawasan letak kereta UNISSA dan juga kawasan Sekolah Perdagangan bertempat di IBTE Kampus Sekolah Perdagangan.”

ARTIKEL YANG SAMA