Dani Alves sertai Juventus

Dani Alves sertai Juventus

ROME, 27 Jun (AFP) – Tonggak pertahanan Brazil, Dani Alves tiba di Turin, Itali semalam bagi menjalani ujian perubatan bersama Juventus, hari ini, umum kelab juara Serie A itu menerusi laman sosial Twitter.

Pemain berusia 33 tahun itu meninggalkan kelab Sepanyol, Barcelona pada Jun lalu sejurus kontraknya berakhir selepas menghabiskan lapan musim bersama gergasi Catalan itu.

Di Sepanyol, Alves berjaya menjulang 23 trofi bersama Barca.

“Lihat siapa yang baru tiba di Turin. Selamat datang Dani Alves,” tulis Juventus bersama gambar pemain terbabit di Twitter.

Dani Alves (gambar fail) akan bermain buat kelab Juventus pada musim depan. - AFP
Dani Alves (gambar fail) akan bermain buat kelab Juventus pada musim depan. – AFP

Rakaman video juga turut memperlihatkan Alves menaiki kereta di dia berkata: “Ayuh Juve, mari pergi.”

Selepas meninggalkan Sevilla untuk menyertai Camp Nou pada 2008, bintang Brazil itu memenangi enam gelaran La Liga dan tiga trofi Liga Juara-Juara bersama Barcelona.

Alves berada dalam skuad Brazil yang tersingkir di peringkat kumpulan kejohanan Copa America di Amerika Syarikat, awal bulan ini.

ARTIKEL YANG SAMA