Danny dipanggil sertai The Three Lions

Danny dipanggil sertai The Three Lions

LONDON, 17 Mac (AFP) – Pemain tengah Leicester City, Danny Drinkwater dipanggil kali pertama untuk skuad England hari ini bagi perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Belanda.

Bekas pemain remaja Manchester United berusia 26 tahun itu memainkan peranan besar buat Leicester dalam perjalanan sensasi mereka berada di persada Liga Perdana dan diberikan anugerah untuk tempat dalam 24 pemain England oleh pengurus Roy Hodgson.

Penjaga gol Southampton Fraser Forster, penyerang Liverpool Daniel Sturridge dan penyerang Arsenal Danny Welbeck kembali selepas kecederaan, namun kapten Wayne Rooney tidak disenaraikan kerana kecederaan lutut.

“Apa dilakukannya menjadi bukti kepada sesiapa saja,” kata Hodgson mengenai Drinkwater ketika sidang akhbar di Stadium Wembley.

“Dia melalui musim yang menakjubkan dalam pasukan yang melalui musim yang hebat, namun sejak tahun lalu lagi kami sudah mengetahui mengenainya.”

ARTIKEL YANG SAMA