Danone jual saham Dumex di China

Danone jual saham Dumex di China

PARIS, 2 Dis (AFP) – Syarikat gergasi tenusu Danone, Perancis mengatakan hari ini ia telah mencapai satu persetujuan muktamad untuk menjual perniagaan susu anak damit Dumex di China, yang telah dicemari oleh dakwaan rasuah dan kebimbangan keselamatan.

Jualan kepada kumpulan Yashili, satu usaha sama yang Danone memegang saham, sebanyak 150 juta euro ($159 juta), muncul selepas firma Perancis awal tahun ini mencatat nilai Dumex sebanyak 398 juta euro.

Danone mengatakan dalam satu kenyataan yang “dengan membawa jenama Dumex dan Yashili bersama, operasi itu akan membina platform kukuh bagi jenama formula susu anak damit tempatan.” Dumex China telah dilanda kebimbangan keselamatan makanan 2013 melibatkan pembekal Fonterra, New Zealand.

Kebimbangan itu, yang membawa syarikat itu untuk menarik semula produk-produk itu, telah merosakkan jenama itu meskipun selepas terbukti tidak berasas.

Danone memiliki 25 peratus saham di Yashili, dengan Mengniu Dairy China memegang hanya 51 peratus.