Dante tinggalkan Wolves, sertai Nice

Dante tinggalkan Wolves, sertai Nice

FBL-GERMANY-BAYERN MUNICH-PRESENTATION

BERLIN, 23 Ogos – Pertahanan kebangsaan Brazil, Dante (gambar) akan meninggalkan kelab Jerman, Wolfsburg bagi menyertai kelab Perancis, Nice.

Pengarah sukan Wolfsburg, Klaus Allofs berkata: “Kami pasti gembira untuk melihat Dante kekal sebagai sebahagian daripada skuad kami, namun kami juga membenarkan hasratnya untuk mendapat lebih pengalaman.

Kelab Bundesliga itu tidak mendedahkan perincian mengenai yuran perpindahan terbabit. Dante, 32 menyertai Wolfsburg dari Bayern Munich pada musim lalu akan sekali lagi bekerjasama dengan bekas pengurus Borussia Moenchengladbach, Lucien Favre in Nice.

Dia sebelum ini menghabiskan tiga musim di Bayern selepas berpindah dari Gladbach dan hanya melakukan 23 penampilan liga bersama Wolfsburg.

Bersama Brazil, Dante memiliki 13 penampilan. Turut berlaku semalam, satu lagi kelab Bundesliga, Darmstadt menandatangani pemain tengah Tunisia, Anis Ben-Hatira daripada pencabar liga, Eintracht Frankfurt. – AP