Dapat duit raya $10,000

Dapat duit raya $10,000

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Begitulah nasib Awang Mohammad Sahriman bin Haji Mohd Salleh apabila berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai $10,000 dalam Promosi Cabutan Bertuah Hari Raya, anjuran Setia Motors Sdn Bhd, di majlis cabutan yang berlangsung Bilik Pameran Setia Motor, Beribi, hari ini.

“Rezeki Allah sememangnya tidak dapat diduga dan setakat ini, saya belum lagi terfikir apa-apa rancangan dengan hadiah yang diperolehi ini kerana masih lagi terkejut,” ujarnya ketika ditemu bual sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setia Motors kerana menyediakan produk yang terbaik.

Awang Muhammad Sahriman merupakan antara 400 pelanggan yang membeli kenderaan jenama Hyundai dan hanya 10 yang terpilih dalam sesi abutan undian terakhir promosi Cabutan Hadiah Bertuah sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan sejak awal bulan Mei.

Awang Mohammad Sahriman merasa terkejut apabila berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai $10,000 dari Setia Motors Sdn Bhd.
Awang Mohammad Sahriman merasa terkejut apabila berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai $10,000 dari Setia Motors Sdn Bhd.
Wakil pemenang kedua dan pemenang ketiga juga membawa pulang hadiah lumayan.
Wakil pemenang kedua dan pemenang ketiga juga membawa pulang hadiah lumayan.

pg10_150829_b

Sementara itu, pemenang kedua, Awangku Muhammad Kamarulzaman bin Pengiran Azmi membawa pulang hadiah sebanyak $5,000 dan pemenang di tempat ketiga menerima hadiah wang tunai sebanyak $2,500.

Tujuh pemenang lainnya juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing turut menerima hadiah-hadiah menarik seperti iPhone 6/6plus, Samsung Galaxy S6 Edge, Samsung Galaxy S6, ipad Mini Wifi, ipad Mini 3 dan Samsung Note 4.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Setia Motors, James Chin, Pengurus Komersial, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya dan Pengurus Pemasaran, Fadhilah Sulaiman.

ARTIKEL YANG SAMA