Dapat hadiah istimewa dari Hodgson

Dapat hadiah istimewa dari Hodgson

LONDON, 9 Sept – Wayne Rooney yang menjaringkan gol peribadi ke-50 untuk England ketika membantu pasukannya menewaskan Switzerland, 2-0 di Wembley, semalam, menerima hadiah istimewa daripada Roy Hodgson sejurus perlawanan itu berakhir.

Bintang Manchester United itu menerima sehelai kemeja T khas berwarna putih yang memaparkan nombor 50 pada bahagian belakang sebagai tanda jumlah rekod jaringan dicatatkannya.

Pengurus England berkenaan menyerahkannya di bilik persalinan pasukan sejurus perlawanan berakhir.

Terdahulu Rooney, 29, secara spontan menyampaikan ucapan ringkas di bilik berkenaan sebagai tanda meraikan kejayaannya menempatkan diri sebagai penjaring terbanyak England sepanjang zaman dengan 50 gol itu.

Sebelum ini, Bobby Charlton memegang rekod itu iaitu sebanyak 49 gol. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA