Dapat rumah lebih selesa

Dapat rumah lebih selesa

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Awang Lamit bin Haji Abdullah dan keluarga kini boleh hidup dengan lebih selesa apabila mendapat rumah baru dan bekalan tenaga elektrik.

Beliau menerima kunci rumah bantuan yang disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei itu daripada Menteri Hal Ehwal Ugama yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dalam majlis penyerahan bantuan rumah baru beliau di Kampung Putat hari ini.

Rumah bantuan itu merupakan usaha sama Majlis Ugama Islam Brunei dengan Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang membantu kerja-kerja pembinaan rumah dan menelan belanja $47,000 menggunakan wang peruntukan Kumpulan Wang Agihan Zakat Asnaf Fakir dan Miskin.

Turut hadir di majlis penyerahan itu ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Ugama serta para jemputan lain.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban oleh penduduk Kampung Putat.

Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan replika kunci rumah kepada Awang Lamit.
Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan replika kunci rumah kepada Awang Lamit.
Rumah baru untuk Awang Lamit dan keluarganya berteduh.
Rumah baru untuk Awang Lamit dan keluarganya berteduh.

ARTIKEL YANG SAMA