Dapat sambutan menggalakkan

Dapat sambutan menggalakkan

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Pesta Pelancongan Brunei 2015 anjuran Abacus Brunei, yang berlangsung selama dua hari hingga hari ini, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Dilancarkan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, kelmarin, pesta yang berlangsung di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas, itu menampilkan syarikat-syarikat penerbangan, pejabat pelancongan kebangsaan, hotel dan ejen pelancongan tempatan dan luar negara.

Pesta berkenaan menyediakan platform yang unik kepada mereka untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan-perkhidmatan.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah bergambar ramai dengan penganjur dan peserta Abacus.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah bergambar ramai dengan penganjur dan peserta Abacus.
Menteri Perhubungan merasmikan Pesta Pelancongan Brunei.
Menteri Perhubungan merasmikan Pesta Pelancongan Brunei.
Antara kraf tangan yang dipamerkan di pesta itu.
Antara kraf tangan yang dipamerkan di pesta itu.

Selain itu, ia juga memenuhi pelancong di samping menyediakan mereka kemudahan untuk mendapatkan pelbagai tawaran di bawah satu bumbung.

Antara yang mengambil bahagian sepanjang pesta itu termasuk Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Biro Pelancongan Taiwan, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand dan Kementerian Pelancongan Republik Indonesia di samping agensi-agensi pelancongan Anthony Tours & Travel Agency, Century Travel Centre, Darussalam Holdings, Freme Travel Services, Pan Bright Travel Service, Southern Cross Travel Agencies dan JJ Tour and Service.

ARTIKEL YANG SAMA