Dapatkan ACER Nitro di Concepts Computer

Dapatkan ACER Nitro di Concepts Computer

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Penggemar permainan video komputer kini boleh mendapatkan barisan produk canggih dengan harga yang berpatutan melalui siri ACER Nitro yang kini boleh diperoleh di Concepts Computer, Kiulap.

Siri ACER Nitro ini diperkenalkan khusus bagi permainan video dengan skrin bersaiz 15 dan 17 inci samping dua model monitor terbaru bagi permainan video komputer iaitu ACER XB Series bersaiz, 27 dan 28 inci, yang dilengkapi dengan teknologi G-Sync.

Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman berkata, syarikat berkenaan sedang menambah lagi barisan dan pilihan produk bagi penggemar permainan video komputer supaya mampu memberikan mereka pengalaman bermain dengan lebih selesa, seronok dan pada masa yang sama, nilai untuk wang mereka.

Awang Zul menerangkan mengenai keistimewaan dan ciri terbaru monitor ACER XB Series.
Awang Zul menerangkan mengenai keistimewaan dan ciri terbaru monitor ACER XB Series.

Di samping itu, barisan produk baru itu menambahkan lagi pilihan bagi para pelanggan mereka di mana mereka boleh mendapatkan produk terbaru dari Acer, Steelseries dan Logitech bagi memenuhi keperluan dan gaya permainan masing-masing.

Sementara itu, Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao pula dipetik berkata bahawa pengenalan barisan produk baru itu, merupakan sebagai tanda komitmen berterusan syarikatnya untuk memberikan pengalaman bermain permainan video yang tinggi dengan produk berteknologi tinggi tetapi masih mempunyai harga yang berpatutan.