Dapatkan aplikasi terbaru ‘Brunei WX’

Dapatkan aplikasi terbaru ‘Brunei WX’

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Para pegawai dan kakita-ngan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Perhubungan telah mempromosi aplikasi ‘Brunei WX’ yang telah dikemaskini di ibu negara sempena acara Bandarku Ceria, hari ini.

Jabatan telah mengambil kesempatan daripada kemeriahan acara Bandarku Ceria untuk meningkatkan kesedaran mengenai aplikasi ‘Brunei WX’, di mana para pegawai dan kakitangan bertemu orang ramai untuk memaklumkan ciri-ciri baru aplikasi berkenaan yang boleh dimuat turun dari Appstore atau Google Playstore.

Aplikasi ini telah diberi wajah baru yang mencerminkan imej korporat Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dengan reka bentuk baru menjadikan ia lebih mudah bagi pengguna untuk mengakses maklumat cuaca.

Maklumat yang ada dalam versi asal masih dikekalkan dan ciri-ciri baru telah ditambah seperti enam bahagian Ramalan Hari Ini (6-part Today’s Forecast), Nasihat Cuaca (Weather Advisory) serta Ramalan dan Amaran bagi perairan Brunei (Forecast and Warning for Brunei Waters). Aplikasi ini dikemaskini bagi memudahkan maklumat cuaca diakses oleh orang ramai dan usaha ini juga merupakan sebahagian daripada strategi fokus kepada pelanggan daripada Kementerian Perhubungan.

ARTIKEL YANG SAMA