Dapatkan harga istimewa di Sushi Tei

Dapatkan harga istimewa di Sushi Tei

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Jan – Peminat-peminat makanan berasal dari negara Matahari Terbit, Jepun kini akan berpeluang menikmati hidangan susyi pada harga istimewa setiap Isnin bermula hari ini di Restoran Sushi Tei.

Restoran di Tingkat Satu, Bangunan Pusat Membeli-Belah KBSentral itu menamakan promosi tersebut sebagai Sushi Day pada setiap hari Isnin dan ia merupakan tawaran istimewa bagi cawangannya di Kuala Belait.

Menerusi promosi itu, pelanggan berpeluang menikmati hidangan susyi popular seperti Hana Ikura, beras Jepun yang disalut dengan isi ikan Salmon segar berserta mayones dan telur, selain Salmon Belly Teriyaki dan sebagainya.

Hidangan lain termasuk Ton Ton Cheese Maki iaitu hidangan beras Jepun yang dicampurkan dengan ayam katsu, mayones, keju mozarela dan bersalut dengan ebiko yang juga popular dengan kelazatan dan khasiatnya.

Gambar ramai kakitangan restoran semasa promosi tersebut.
Gambar ramai kakitangan restoran semasa promosi tersebut.
Antara hidangan susyi yang ditawarkan di restoran tersebut.
Antara hidangan susyi yang ditawarkan di restoran tersebut.

Promosi ini merupakan salah satu cara mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk mengenali cawangan mereka di Kuala Belait.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan harga yang termampu kepada para peminat setia makanan tersebut, sama ada untuk dinikmati di restoran berkenaan atau dibawa balik.

Restoran Sushi Tei beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan bagi tempahan dan pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian 3342337.

ARTIKEL YANG SAMA