Dapatkan maka...

Dapatkan makanan laut segar hingga Ahad ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan ikan-ikan segar, pengusaha perikanan dengan kerjasama Jabatan Perikanan menganjurkan Penjualan Hasil Produk Perikanan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, di Kompleks Pendaratan Ikan Serasa.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan berkunjung untuk mendapatkan ikan-ikan segar dan produk perikanan pada harga berpatutan di mana jualan berkenaan di sertai oleh lebih 20 pengusaha yang berkecimpung dalam industri penangkapan ikan.

Jualan yang dibuka untuk kunjungan orang ramai dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu juga mengetengahkan produk perikanan daripada pelbagai hasil tangkapan yang segar seperti ikan, udang, ketam dan sotong.

Di samping itu, pengusaha akuakultur dan pengusaha dari sektor pemprosesan juga tidak ketinggalan menyertai jualan berkenaan dengan mengetengahkan jualan produk perikanan seperti belacan, keropok, ikan salai, ikan kering dan lekor.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan ikan segar di Kompleks Pendaratan Ikan Serasa.
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan ikan segar di Kompleks Pendaratan Ikan Serasa.

ARTIKEL YANG SAMA