Dapatkan perl...

Dapatkan perlindungan sebelum terlambat

Oleh Rabi’atul Nazurah Hidup

 

DALAM kederasan duniawi, kita membuat perancangan dalam setiap jejak dan fasa kehidupan bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Ini merupakan sikap yang dapat menyelamatkan kita dari pelbagai kerugian, tidak kira masa, wang ataupun tenaga. Meskipun begitu, kita sering kali lupa dengan ‘kemungkinan’.

Sebaik manapun rancangan, seelok mana ia diperincikan, perkara yang dirancang mungkin tidak akan terjadi sejajar dengan apa yang dikehendaki. Kita mungkin terlalu bersandar kepada perkara yang ada di depan mata dan keadaan sesuatu benda pada satu masa sahaja, sampaikan kita terlupa masa depan yang tidak dapat dijangka dan risiko yang dihadapi.

Kita tidak dapat mengelak atau mengetahui apa yang bakal berlaku di masa akan datang, walau bagaimanapun kita mampu berikhtiar untuk mengurangkan beban sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Satu daripadanya adalah dengan membeli atau menyertai perlindungan melalui insurans/takaful.

Insurans/takaful mungkin dilihat sebagai beban disebabkan oleh perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dan dilunaskan setiap tahun. Ia juga merupakan perkara mandatori atau wajib bagi setiap kenderaan bermotor di Negara Brunei Darussalam.

Meskipun begitu, ia sering kali dipandang sebelah mata kerana ia memberikan perlindungan terhadap risiko yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sifat risiko yang abstrak membuatkan kita sering mempertikaikan kepentingannya. Ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pendedahan mengenai manfaat insurans/takaful.

Para peserta insurans/takaful dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu setiap terma dan syarat sebelum mempersetujui pelan tertentu bagi mengelakkan kesalahfahaman dan pertelingkahan di masa akan datang.
Para peserta insurans/takaful dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu setiap terma dan syarat sebelum mempersetujui pelan tertentu bagi mengelakkan kesalahfahaman dan pertelingkahan di masa akan datang.
Insurans/takaful bertujuan untuk meringankan beban peserta sekiranya terjadi perkara yang tidak dijangka mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui awal.
Insurans/takaful bertujuan untuk meringankan beban peserta sekiranya terjadi perkara yang tidak dijangka mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui awal.

Secara dasarnya, insurans/takaful memberikan perlindungan berupa pampasan kepada peserta sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, khususnya perkara yang dapat memberi kesan negatif kepada peserta terutamanya dari segi kewangan.

Ia tidak saja terhad kepada kenderaan bermotor, tapi juga merangkumi aspek-aspek lain contohnya perlindungan untuk rumah kediaman, bangunan, perlindungan semasa perjalanan, perlindungan pekerja, perlindungan pelajar dan lain-lain.

Insurans/takaful bertujuan untuk meringankan beban peserta sekiranya terjadi perkara yang tidak dijangka mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui awal.

Satu lagi isu yang sering dibangkitkan berhubung dengan insurans/takaful adalah kesignifikanannya, dalam erti kata lain ‘keperluannya’ dalam kehidupan. Insurans/takaful berfungsi sebagai ‘risk fund’ yang mengumpulkan dana bagi membayar pampasan kepada peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Tidak dinafikan peserta mungkin dapat menabung dan mengumpulkan duit sendiri, namun jumlah yang dikumpulkan mungkin tidak akan mencukupi saat terjadinya perkara yang memerlukan pengeluaran jumlah wang yang banyak. Di samping itu, masa juga menjadi faktor yang akan menentukan jumlah wang yang dikumpul. Justeru itu, insurans/takaful berupa satu medium yang memberikan perlindungan secara efisien kepada peserta.

Ia memberi pampasan kepada peserta sejajar dengan keperluan dan kehilangan yang diakui menurut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, para peserta insurans/takaful dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu setiap terma dan syarat sebelum mempersetujui pelan tertentu bagi mengelakkan kesalahfahaman dan pertelingkahan di masa akan datang.

Para peserta juga perlulah memahami dengan jelas pelan yang disertai bagi mengelakkan berlakunya perkara berbangkit.

Insurans/takaful tidak saja terhad kepada kenderaan bermotor, tapi juga merangkumi aspek-aspek lain contohnya perlindungan untuk rumah kediaman, bangunan, perlindungan semasa perjalanan, perlindungan pekerja, perlindungan pelajar dan lain-lain.
Insurans/takaful tidak saja terhad kepada kenderaan bermotor, tapi juga merangkumi aspek-aspek lain contohnya perlindungan untuk rumah kediaman, bangunan, perlindungan semasa perjalanan, perlindungan pekerja, perlindungan pelajar dan lain-lain.

Sebagai sebuah negara Islam, masyarakat kita berpegang teguh kepada agama. Satu daripada pegangan dan kepercayaan kita adalah percaya kepada Qada’ dan Qadar iaitu kepercayaan bahawa segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah Subhanahu Wata’ala (S.W.T).

Tapi kepercayaan itu haruslah digandingkan dengan ikhtiar. Insurans/takaful menawarkan perlindungan kepada peserta yang merupakan satu bentuk ikhtiar yang akan meringankan beban peserta sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Sebagai sebuah negara zikir, Brunei Darussalam telah pun menyediakan insurans secara Islam, dipanggil Takaful yang mengunakan konsep tolong-menolong.

Sumbangan Takaful yang dibayar oleh peserta adalah diniatkan sebagai sumbangan (tabarru) bagi membayar pampasan kepada perserta-peserta yang mendapat kemalangan atau malapetaka yang ikut serta dalam pelan-pelan Takaful.

Ia merupakan satu amalan dan merupakan perihal tolong-menolong dan merupakan nilai murni yang kaya dalam budaya Brunei. Peserta juga akan mendapat manfaat akhirat dengan menolong orang yg memerlukan.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa insurans/takaful merupakan perkara yang perlu ada dalam kehidupan setiap individu sebagai langkah berjaga-jaga di samping dapat memberikan jaminan dan meringankan beban sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Setiap individu harus merenung kepentingan insurans/takaful dan mendidik diri untuk sentiasa berfikiran jauh bagi mengelakkan penyesalan kelak.