DARe anjur Hari Terbuka

DARe anjur Hari Terbuka

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 25 Mac – Darussalam Enterprise (DARe) mengadakan Hari Terbuka Enterprise (EOD) di Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah di sini hari ini bertujuan memberi bantuan dan perkhidmatan kepada bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada, menyediakan ceramah, bengkel tawaran serta peluang memberi perusahaan untuk mengemukakan apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan isu, cadangan atau pertanyaan kepada ‘Helpdesk Business.’

Beberapa buah agensi hadir pada EOD untuk memberi bantuan dan menawarkan perkhidmatan termasuk Sekretariat Wawasan 2035; Ease Of Doing Business di bawah Jabatan Perdana Menteri; Pusat FAST (Pusat Sokongan dan Tindakan FDI); Pendaftar Syarikat dan Nama-nama Perniagaan; Bahagian Hasil, dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di bawah Kementerian Kewangan; Pejabat Pendaftaran Harta Intelek (BruIPO); Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC); Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Standard Chartered Bank, Baiduri Bank Berhad, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Lembaga Bangunan Kawalan dan Industri Pembinaan (ABCi), Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Tanah dan Jabatan Perkhidmatan Air di bawah Kementerian Pembangunan, OneBiz, Jabatan Bandaran, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Pembangunan Perniagaan Tempatan di bawah Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri dan BAG Networks.

Orang ramai semasa mendapatkan maklumat di DARe.
Orang ramai semasa mendapatkan maklumat di DARe.
Warga DARe bergambar ramai pada Hari Terbuka itu.
Warga DARe bergambar ramai pada Hari Terbuka itu.

Seperti juga Hari Terbuka Enterprise yang diadakan pada Januari lalu, acara hari ini diisi dengan beberapa ceramah dan klinik rundingan kepada mereka yang hadir.

Sejak Hari Enterprise Terbuka pertama pada Januari lalu, Pusat Sokongan Perniagaan (BSC) di bawah DARe telah mula beroperasi pada 1 Mac 2016, di mana ia merangkumi bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh ‘Helpdesk Business’, dan beberapa buah agensi kerajaan. Peranan BSC adalah untuk menyediakan sebuah portal tunggal untuk perusahaan bagi mengakses dan mengemukakan permohonan perniagaan, mendapatkan khidmat nasihat perniagaan, maklumat dan, mempelajari atau memohon Program SME yang ada, geran dan pinjaman di bawah DARe.

ARTIKEL YANG SAMA