DARE pelawa cipta logo dan jenama korporat

DARE pelawa cipta logo dan jenama korporat

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Sebagai sebahagian daripada pembangunan penjenamaan korporatnya, Darussalam Enterprise (DARE), mempelawa syarikat kreatif dan pemasaran tempatan menghantar cadangan untuk mencipta logo dan jenama korporatnya.

Cadangan itu boleh dihantar kepada DARE (LOGO), Tingkat 2, Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, Kampung Anggerek Desa tidak lewat dari 9 September 2016.

Logo dan jenama yang dipilih akan mewakili imej dan identiti korporat DARE sebagai agensi utama Brunei untuk PKS dan akan digunakan untuk dalam semua kolateral yang dikeluarkan oleh badan itu.

Penghantaran cadangan mesti termasuk satu sebutan harga untuk kos yang terbabit dalam skop pembangunan termasuklah logo dan jenama, pembangunan manual logo standard serta pembangunan manual kolateral pemasaran seperti templat reka bentuk, bahan pembentangan, papan tanda, kepala surat, kad nama dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran reka bentuk logo dan jenama korporat DARE, bolehlah e-mel kepada dare@ei.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA