Darussalam Holdings pupuk persahabatan di Aidilfitri

Darussalam Holdings pupuk persahabatan di Aidilfitri

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Bulan Syawal yang sudah memasuki hari ke-17 semakin rancak diraikan di kalangan orang persendirian, persatuan, syarikat-syarikat , jabatan-jabatan kerajaan dan lainnya untuk merapatkan silaturahim dan menjalin hubungan ukhuwah di antara satu sama lain.

Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), subsidiari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) juga tidak terkecuali meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama pelanggan, rakan perniagaan, korporat, rakan dan kakitangannya, hari ini, yang diadakan di Royal Berkshire, Polo Club, Jerudong.

Menurut kenyataan daripada DHSB, lebih 600 tetamu yang hadir di majlis itu telah disajikan dengan pelbagai hidangan lazat seperti makanan tradisional iaitu Nasi Impit dan Lemang, Masakan India seperti Nasi Briyani dan beraneka jenis kuih-muih, kek, serta buah-buahan, sambil dendangan tausyeh turut memenuhi ruang dewan Royal Berkshire.

Majlis sebegini adalah bertujuan untuk memupuk persahabatan dan mengukuhkan hubungan antara pengurusan, kakitangan serta para pelanggan syarikat berkenaan.

Antara para tetamu yang memeriahkan Sambutan Aidilfitri Darussalam Holdings di Royal Berkshire, Polo Club, kelmarin.
Antara para tetamu yang memeriahkan Sambutan Aidilfitri Darussalam Holdings di Royal Berkshire, Polo Club, kelmarin.
Warga Darussalam Holdings yang ramah ketika menyambut para tetamu yang hadir di majlis itu.
Warga Darussalam Holdings yang ramah ketika menyambut para tetamu yang hadir di majlis itu.

pg09_150804_c

Selain itu, ia juga untuk mempamerkan rasa penghargaan kepada para pelanggan dan anggota keluarga DHSB atas kesetiaan dan komitmen mereka terhadap syarikat ini yang sudah wujud sejak 22 tahun yang lalu.

Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed, turut menjelaskan majlis Sambutan Aidilfitri itu adalah untuk menyatakan rasa penghargaan kepada pelanggan setia mereka dan berharap ia dapat menjalin hubungan rapat serta dalam masa yang sama turut mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua.

ARTIKEL YANG SAMA